Tuesday 3 January 2017

Hello 2017

So, tetiba aku tergerak hati nak post something. Selamat tahun baru 2017. Taknakla rehat lama-lama. Aku pun dah start boleh terima keadaan, boleh move on sikit dengan life yang sekarang ni. Ex buah hati pun dah tak berapa contact aku walaupun kitorang tetap berkawan. Macam dia selalu cakap, "tak ada benda dah nak text" So tak payah la text. Mungkin itu yang terbaik bagi dia dan aku. Walaupun kadang-kadang rasa nak mesej, tapi takpelah, mengganggu je nanti. Masuk 2017 ni, aku rasa ada beberapa benda aku nak capai dan buat. Azam la kononnya hahahaha

Low Profile




Dah masuk tahun baru ni, aku nak berazam jadi lebih low profile. Di alam nyata dan di alam maya. Kang kalau kau over sangat kat alam maya, tak pasal-pasal ada gambar kat tumblr hahaha. Aku ni agak bergiat aktif jugala dalam student council. Kiranya tahun lepas aku antara yang pegang jawatan tertinggi dalam MPP. So, azam tahun ni, nak kurangkan semua tu, then fokus kepada study gituhhhhh

Part time


Mulai tahun ni, aku nak try buat kerja part time. Aku selalu ada masalah kewangan. Mungkin sebab aku ni boros kot? Tapi aku boros kat makanan jelah hahaha. Nak kerja part time, tapi tak tau nak kerja apa. Mengajar kat pusat tuisyen? promoter? moneyboy? Eh hahaha. The last time aku ajar tuisyen, masa aku first year. Tu pun sebab ganti member, ajar chemistry. Hmmmm entahlah. Harap-harap adalah kerja part time yang sesuai untuk aku.

Penampilan

Aku ni mungkin boleh masuk kategori selekeh untuk seorang yang macam kita kehkeh. Aku ni rendah je 168cm. Kalau dulu jalan dengan ex aku, tepikir juga, mesti dia malu kalau jalan dengan aku. Dan aku rasa aku dah gemuk hahaha. Dia pun selalu panggil aku gemuk. Yelah aku gemuk taulah tak payah mention banyak kali haha. Salah satu sebab kegemukan ni berlaku disebabkan tempat praktikal aku yang terlalu banyak jamuan dan makanan hahaha. Nak tak nak kena makan kang membazir pula hihi. So, azam tahun baru, aku nak sadokan sikit badan. So pasni kenala jaga makan hahaha


Dapat body macam ni pun okay dah hihi

Pelajaran

Aku baru masuk tahun keempat study. Sepanjang 8 semester, adalah dalam dua kali dapat dekan. First semester dengan yang lepas. InsyaAllah berbekalkan azam baru 2017, aku nak try dekan sampai final semester kahkah. Aku juga nak try ambik nota tiap kali lecture. Sepanjang aku dari first year, sampailah sekarang, aku tak pernah ambik nota semasa lecture. Tulis tangan ye. Tak pernah. Sebab aku ni jenis yang anggap semua benda yang lecturer cakap dan apa yang ada pada slide tu penting. So tiap kali nak salin apa yang ada kat slide dan apa yang lecturer cakap, aku akan salin bulat-bulat perkataan lengkap hahahaha. Daripada kau salin, lebih baik ambik gambar or rakam kan? Hahaha. Dan satu lagi benda yang aku tak berapa pandai kalau bab-bab nota ni ialah highlight isi penting dalam buku, or lecture note yang kena edar


Ni la yang akan jadi kalau kau suruh aku highlight isi-isi penting hahaha. So macam mana kalau aku ulang kaji? Alhamdulillah aku ni kuat ingatan kalau bab pelajaran. Tapi bab lain memang podahhhh, hancur. Contoh, baru je letak barang then dah lupa mana letak haha 

Percintaan


Macam yang ada aku post sebelum ni, aku baru putus dengan buah hati aku. Mula-mula jelah sedih. Ada ke orang yang tak sedih nak putus hubungan? Ada, ex aku la. Dia tak sedih pun. And dia cepat je move on, well dia yang minta putus. Tapi aku pun boleh move on dah. Cuma kadang-kadang terindu. Sebab? Aku rindu masakan dia. Tu jelah. Aku harap dia dapat masakkan untuk aku untuk kali yang terakhir. Gituhhhhhh. Haha tapi rasanya mustahil. Tu cerita 2016, pasal ex. Untuk 2017, rasanya aku nak stop secara total. Daripada terjebak dengan percintaan dengan lelaki ni. Aku pernah cuba. Sebelum couple dengan ex. Tapi last sekali tercouple juga dengan ex aku tu hahahaha. Mungkin aku patut tunggu mana-mana perempuan datang meminang? Lewls

Buat masa ni tu jelah kot hahaha. Selamat tahun baru 2017 sekali lagi. Semoga tahun ini akan membawa lebih kegembiraan dari kesedihan kepada seorang Fattah Harris dan anda semua :) Bye

11 comments:

  1. Jyeah Fath Harris is back! Selamat tahun baru semoga azam baru kau tercapai eh huhu

    Part nota tu aku pun ada masalah, rasa macam semua penting last2 baca lecture notes jugak sbb rasa nota macam tak lengkap kih kih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe thanks talhah. selamat tahun baru.

      Delete
  2. Belum sempat merindu dah muncul balik...hehehe..welcome back Fath! Tak jantan laa meroyan lama2...ekekeke..

    Patah tumbuh hilang berganti..mungkin harini kita boleh berkata tak nak bercinta lagi, tapi perasaan itu sukar diduga dan takkan sesekali menipu...hehehe :wink wink:

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, nak bercinta dengan pompuan la lepas ni hiks

      Delete
  3. Nanti kalau ada lobang untuk jadi money boy, bagitau kita yek .. orang kat sini pon selalu ada masalah keawangan sebab boros makan. Wakakaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, peluang pekerjaaan kat sana mesti lagi banyak kan hiks

      Delete
    2. Nu'man tu dah tak layak jadik Money Boy dah....dah di reject sebab umo dah lanjut katanya...kikiki...jadik Money Man boleh lah kot...;-P

      Delete
  4. Usah difikirkan pasal ex tu, buang masa je wak. Banyak lagi benda penting untuk difikirkan lagi. Semoga dapat dekan sampai final sem k. Selamat tahun baru!..take care.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks carl hehehe. selamat tahun baru :*

      Delete
  5. Selamat Tahun baru buat Fath...Amir percaya...walaupun Fath kata yang Fath Gemuk...tapi mesti gemuk-gemuk kiut gaytuh...huhuhu...;-P

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat tahun baru amir. hahahaha gemuk sebab tu kena putus dengan kesayangan haha

      Delete